Perak Hari Ini

Tiada Kes Leptospirosis Di Tapah – JKN Perak

IPOH: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak menafikan kenyataan sebuah memo tular yang menyebut terdapat kes wabak leptospirosis atau kencing tikus berlaku di tiga kawasan rekreasi di Tapah.

Memo itu menyatakan kawasan yang didakwa mempunyai kes wabak tersebut ialah Lata Kinjang, Lata Iskandar serta Kuala Who.

Pengarah JKN Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata hasil siasatan lanjut mendapati tiada sebarang kes wabak leptospirosis yang serius dikesan di kawasan-kawasan tersebut sepanjang tahun lalu sehingga kini.

“Sehingga 22 Februari ini, sebanyak dua kes disahkan leptospirosis telah dilaporkan dari Daerah Batang Padang.

“Kedua-dua kes ini tinggal di kawasan yang berhampiran dengan Kuala Woh. Namun kes-kes ini merupakan kes sporadik atau kes terpencil,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Selain itu jelasnya, penyakit leptospirosis boleh berlaku di seluruh dunia dan ianya boleh dijumpai di mana-mana negara termasuk Malaysia.

“Leptospirosis adalah penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria Leptospira yang berasal daripada haiwan. Penyakit leptospirosis berlaku di seluruh dunia dan endemik di negara-negara beriklim tropika termasuk Malaysia.

“Pada umumnya, semua pusat rekreasi air semulajadi yang tidak diselenggara dengan baik adalah berisiko berlaku jangkitan leptospirosis,” jelasnya.

Terdahulu dalam kenyataan berasingan, Jabatan Perhutanan Negeri Perak dalam satu kenyataan di Facebok turut menafikan kenyataan memo yang tular berkenaan.

Memo yang bertarikh semalam dikatakan telah ditandatanngani oleh seorang pembantu kesihatan awam di Tapah.

Antara lain memo itu turut meminta orang ramai tidak mengunjungi beberapa tempat riadah termasuk air terjun kerana mendakwa JKN telah mengesahkan terdapat kes leptospirosis aktif di kawasan terbabit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");