Panasnya Hari Ini

Tiada Lagi Perbincangan Dengan Tun M – Anwar

KUALA LUMPUR: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebarang perbincangan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menubuhkan kerajaan tidak lagi berbangkit.

Menurutnya, beliau tidak akan mengadakan sebarang pertemuan dengan Dr Mahathir.

“Kami masih Pakatan Harapan (PH) dan dia sudah meninggalkan PH,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau akan berbincang dengan Dr Mahathir berhubung penubuhan kerajaan baharu.

Mengulas berhubung penyertaan semula Bersatu di dalam PH, Anwar berkata, perkara itu akan berubah mengikut masa.

Menurutnya, keputusan Dr Mahathir untuk menjadi Pengerusi Bersatu semula adalah haknya.

Terdahulu, beliau hadir bersama pimpinan utama PKR, DAP dan Amanah bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden PH.

Namun, sehingga kini masih belum diketahui tujuan mesyuarat dan isu yang dibincangkan memetik HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");