Categories: Panasnya Hari Ini

Tiada Lagi Perbincangan Dengan Tun M – Anwar

KUALA LUMPUR: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebarang perbincangan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menubuhkan kerajaan tidak lagi berbangkit.

Menurutnya, beliau tidak akan mengadakan sebarang pertemuan dengan Dr Mahathir.

“Kami masih Pakatan Harapan (PH) dan dia sudah meninggalkan PH,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau akan berbincang dengan Dr Mahathir berhubung penubuhan kerajaan baharu.

Mengulas berhubung penyertaan semula Bersatu di dalam PH, Anwar berkata, perkara itu akan berubah mengikut masa.

Menurutnya, keputusan Dr Mahathir untuk menjadi Pengerusi Bersatu semula adalah haknya.

Terdahulu, beliau hadir bersama pimpinan utama PKR, DAP dan Amanah bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden PH.

Namun, sehingga kini masih belum diketahui tujuan mesyuarat dan isu yang dibincangkan memetik HMetro.

Komen & Pendapat
Share

Recent Posts

Tahap Pematuhan PKP Penduduk Kampar Capai 99 Peratus

KAMPAR - Tahap pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Kampar berada pada tahap 99…

48 mins ago

Tentera Nafi Pukul Orang Awam

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan dakwaan ada anggota mereka memukul dan mencederakan oleh…

2 hours ago

26-30 Dan 56-60 Dua Golongan Umur Paling Tinggi Kes Positif COVID-19

PUTRAJAYA: Statistik menunjukkan dua kumpulan umur masyarakat yang paling tinggi kes positif COVID-19 adalah dalam lingkungan…

2 hours ago

Peluang perokok berhenti merokok – KP Kesihatan

“BAGI perokok, gunakan peluang ini untuk berhenti merokok. “Bukan perokok boleh ‘speak out’ kepada ahli…

14 hours ago

Seniman Buat Laporan Polis Terhadap Zarina Anjoulie?

Masih hangat diperkatakan mengenai isu artis meminta bantuan khusus untuk golongan penggiat seni, bagaimanapun hari…

15 hours ago

Fama wujud pusat jualan barangan segar terkawal di 97 lokasi

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan membuka pusat jualan barangan segar terkawal di 97 lokasi…

16 hours ago