Perak Hari Ini

Tidak Perlu Gembar-Gembur Isu Peralihan Kuasa Lagi- MB Perak

GOPENG- Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berharap tiada lagi mana-mana pihak yang akan mengembar-mengemburkan cerita berkenaan peralihan jawatan Perdana Menteri.

Katanya, selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed membuat pengumuman bahawa Majlis Presiden PH telah sebulat suara bersetuju membenarkan beliau membuat keputusan, semua pihak perlu fokus kepada pentadbiran atau kerja yang dilakukan sekarang.

“Saya kira selepas ini semua orang tidak perlu lagi mengembar-mengemburkan cerita berkenaan peralihan dan sebagainya mahalan kita perlu fokus kepda pentadbiran atau kerja yang dilakukan sekarang,” katanya kepada media selepas merasmikan program Fiesta Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) 2020 di RTC Gopeng, hari ini.

Menurut Ahmad Faizal, tindakan Tun M dilihat sebagai satu tindakan yang wajar untuk tidak mengumumkan perkara tersebut terlebih dahulu.

“Sama jugak macam MB Perak, jika saya umumkan saya akan meletak jawatan dan sebagainya, pentadbiran kerajaan untuk sesuatu tempoh akan menjadi tidak efisyen, malahan media juga tidak mahu berjumpa MB jika saya katakan bulan depan saya letak jawatan maka sudah tiada guna untuk bercakap dengan saya lagi,” katanya.

Terdahulu, menurut satu laporan, Tun Mahathir telah untuk memutuskan bahawa tarikh peralihan kuasa adalah selepas Sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di ibu negara Nov depan.

Katanya, akhirnya semuanya diserah kepada beliau.

“Apa yang saya cakap mereka akan turut. Peralihan akan berlaku lepas Apec.

“Tiada tempoh masa (timeframe), terpulang kepada saya sama ada saya nak lepas atau tidak.  Itulah kepercayaan yang kita persetujui oleh (Majlis Presiden) parti kepada saya. Alhamdulillah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");