Panasnya Hari Ini

Tiga MP dari kumpulan Azmin kata ucapan Dr M buktikan mereka betul

Tiga anggota parlimen yang merupakan antara wakil rakyat yang meninggalkan PKR dan PH dalam percubaan untuk membentuk Perikatan Nasional hari ini mendakwa bahawa perutusan Perdana Menteri Interim Dr Mahathir Mohamad hari ini membuktikan mereka betul.

“Kami dibuktikan betul dengan kenyataan Mahathir yang mencerminkan apa yang telah kami katakan semalam. Kenyataan Tun telah memperkuat pendirian kami bahawa rekonsiliasi dan menstabilkan negara adalah yang paling penting.

“Kami mengulangi sokongan penuh kami kepada Mahathir untuk memimpin negara ini kerana ekonomi kita terjejas akibat isu global dan kini kemelut politik.

“Beliau mempunyai pengalaman dan telah menyelamatkan negara kita dari krisis kewangan global sebelum ini,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Ahli Parlimen Selangau Baru Bian, Ahli Parlimen Saratok Ali Biju dan Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin.

Mahathir, dalam perutusannya yang disiarkan secara langsung hari ini, meminta maaf susulan kekacauan politik dan menyatakan hasratnya untuk membentuk kerajaan baru yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.

Dalam ucapannya, Mahathir juga mengatakan bahawa kerajaan Pakatan Harapan tumbang selepas partinya sendiri Bersatu dan ahli parlimen dari parti komponen PH lain meninggalkan gabungan itu.

“Saya minta diberi masa. Tetapi parti saya Bersatu memutuskan untuk keluar dari Pakatan Harapan. Ada juga ahli dari parti komponen lain yang akan keluar. Dengan perlakuan ini Kerajaan Pakatan Harapan akan gugur.

Kesannya jika Bersatu sokong PAS dan Umno maka parti-parti yang kalahlah yang akan diri kerajaan. Kerajaan ini akan didominasi oleh Umno sebagai parti yang terbesar,” katanya.

Mahathir juga berkata beliau meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan pengerusi Bersatu kerana tidak mahu bekerjasama dengan Umno.

Sebelas ahli parlimen dari PKR yang diketuai oleh Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, pada Ahad lalu cuba membentuk gabungan baru dengan Bersatu, BN, PAS, Warisan dan GPS, dengan Mahathir masih sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun, gerakan itu gagal apabila Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan pengerusi Bersatu.

Beliau kemudian dilantik semula sebagai perdana menteri interim oleh Agong.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");