Perak Hari Ini

Tuanku Zara Berkenan Berangkat Ke Waterpark Fun Run 2020

BAGAN SERAI: Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat menyempurnakan acara Waterpark Fun Run 2020 di Bukit Merah Laketown Resort dekat sini, hari ini.

Keberangkatan tiba Baginda sekitar jam 7.15 pagi diiringi isteri Menteri Besar Perak Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohamed Radzi serta tetamu kehormat lain.

Baginda kemudian mencemar duli diiringi para tetamu dan yang hadir melakukan senaman pemanasan badan sebelum menyempurnakan acara pelepasan larian 5 kilometer (km) yang disertai sekitar 1,000 orang peserta.

Semasa acara tersebut berlangsung, Tuanku Zara turut berkenan menyaksikan persembahan aksi gimik yang dilakukan beberapa individu yang memakai beberapa individu yang memakai memakai kostum watak-watak dari filem Star Wars.

Acara larian berakhir di lokasi Taman Tema Air Bukit Merah Laketown Resort yang mana Raja Permaisuri berkenan melakukan sesi senaman menyejukkan badan dan regangan statik bersama para peserta lain.

 

Usai majlis santapan, acara diteruskan dengan sesi cabutan bertuah yang disempurnakan isteri Menteri Besar Perak.

Pada acara sama, Tuanku Zara turut berkenan menyaksikan acara penyampaian sumbangan daripada MK Land kepada Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu dan Sekolah Kebangsaan Kampong Selamat, dekat sini, yang kesemuanya berjumlah RM50,000.

 

Difahamkan acara yang disempurnakan Felina itu bertujuan untuk program-program pembangunan pendidikan untuk para murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR.

Menerusi satu kenyataan media oleh penganjur, acara larian yang julung kali diadakan itu merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat syarikat tahunan yang mana kesemua peserta turut berpeluang untuk merasai kesemua tarikan yang ada di taman tema Bukit Merah Laketown Resort.

 

Menurut wakil pengajur, Shahrul Hamka Hamid acara larian Waterpark Fun Run meneria penyertaan bukan sahaja dalam kalangan warga tempatan malah ia turut disertai peserta dari luar Perak.

“Aktiviti fun run merupakan aktiviti yang sering dilakukan oleh semua lapisan tidak kira kanak-kanak, remaja mahupun mereka yang sudah dewasa. Dalam masa yang sama, kita juga ingin mengajak masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

“Kita di Kelab Sukan dan Kebajikan MK Land sering menganjurkan aktiviti-aktiviti riadah seperti ini dan hanya tertumpu kepada kakitangan sahaja, tetapi kali ini kita ingin membuat kelainan dengan mengajak masyarakat untuk turut menyertai aktiviti yang kita anjurkan,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");