Categories: Panasnya Hari Ini

Tun M Tolak Penuhi Janji Manifesto PH

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menolak untuk terus memenuhi Manifesto Pakatan Harapan (PH) yang menjadi panduan kepada empat parti dalam pakatan mentadbir negara dalam tempoh 21 bulan lalu.

Pakatan itu terdiri daripada PKR, Parti Amanah Negara (Amanah), DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, meskipun keempat parti itu mempunyai ideologi dan aspirasi berbeza, tetapi kepimpinan tertinggi berjaya mencapai satu titik persamaan dan terikat dengan manifesto yang sudah dipersetujui bersama.

“Manifesto PH inilah yang menjadi panduan untuk menyatukan kami dan mentadbir negara di bawah kepemimpinan PH, Dr Mahathir seperti yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

“Dalam perbincangan saya dengannya di Pejabat Perdana Menteri pada 25 Februari lalu, beliau menolak untuk kekal sebagai Perdana Menteri PH dan menolak untuk terus memenuhi janji-janji Manifesto PRU PH,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, sejak 21 bulan lalu, kerajaan yang diterajui PH bekerja keras untuk memenuhi janji manifesto secara berperingkat.

“Antaranya adalah penurunan kadar tol untuk Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sebanyak 18 peratus bagi kenderaan persendirian dengan jaminan tidak ada sebarang kenaikan kadar tol sehingga tamat tempoh konsesi.

“Selain itu projek MySalam yang menawarkan bantuan kewangan bernilai di antara RM4,000 sehingga RM8,000 untuk mereka yang menghidap satu daripada 45 penyakit kritikal,” katanya.

Tambahnya, kerajaan PH juga memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang digantikan dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan membayar semula pemulangan kutipan GST yang berjumlah RM19.4 bilion.

Di samping itu, kerajaan PH mengekalkan kedudukan kredit antarabangsa negara walaupun kerajaan terpaksa membayar berpuluh bilion ringgit kerana skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Lembaga Tabung Haji (TH)dan pelbagai skandal lain lagi.

Di samping itu, kerajaan PH turut menyambung semula projek infrastruktur utama selepas mencapai penjimatan lebih daripada RM50 bilion melalui rundingan semula dan rasionalisasi projek kerajaan terdahulu.

Seterusnya, kerajaan mempercepatkan proses digitalisasi melalui penggalakan penggunaan e-dompet, mencipta 350,000 peluang pekerjaan untuk mereka yang menganggur melalui projek MalaysiaKerja yang bernilai RM6.5 bilion, dan pelbagai inisiatif lain lagi memetik laporan HMetro.

Komen & Pendapat
Share

Recent Posts

Apa Rakyat Bakal Nikmati Mulai 1 Apr

KUALA LUMPUR: Bermula hari ini rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat yang terjejas akibat wabak…

9 mins ago

Penduduk Sungai Lui Bimbang Cara Sara Hidup Selepas 2 Minggu PKPD

PETALING JAYA: Kebimbangan utama penduduk di 7 kampung Sungai Lui di Hulu Langat bukannya makanan,…

1 hour ago

Tahap Pematuhan PKP Penduduk Kampar Capai 99 Peratus

KAMPAR - Tahap pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Kampar berada pada tahap 99…

2 hours ago

Tentera Nafi Pukul Orang Awam

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan dakwaan ada anggota mereka memukul dan mencederakan oleh…

3 hours ago

26-30 Dan 56-60 Dua Golongan Umur Paling Tinggi Kes Positif COVID-19

PUTRAJAYA: Statistik menunjukkan dua kumpulan umur masyarakat yang paling tinggi kes positif COVID-19 adalah dalam lingkungan…

4 hours ago

Peluang perokok berhenti merokok – KP Kesihatan

“BAGI perokok, gunakan peluang ini untuk berhenti merokok. “Bukan perokok boleh ‘speak out’ kepada ahli…

15 hours ago