Panasnya Hari Ini

Tun M Turut Lepas Jawatan Pengerusi Bersatu

PUTRAJAYA – Selain meletakkan jawatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut melepaskan jawatan Pengerusi Bersatu berkuatkuasa serta-merta.

Surat peletakan jawatan itu dihantar ke Ibu Pejabat Bersatu hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya mengesahkan perkara itu manakala Pejabat Pengerusi Bersatu turut memberi jawapan sama memetik Sinar Harian.

Sementara itu, Dr Mahathir dipercayai bertindak melepaskan jawatan itu berikutan tidak bersetuju dengan percaturan politik ‘pintu belakang’ yang diatur oleh beberapa pihak semalam.

Sumber rapat memaklumkan, sebab itulah kelibat Dr Mahathir tidak turut serta menghadap Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam.

Semalam, satu mesyuarat berlangsung serentak melibatkan parti politik lain termasuk UMNO, Bersatu, Pas dan Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) menguatkan lagi spekulasi penubuhan Pakatan Nasional.

Pada masa sama, di Istana Negara beberapa pemimpin menghadap Agong, dipercayai untuk mendapat perkenan penjajaran baharu politik yang diperkatakan itu.

Malam tadi, Anwar dilapor mengakui dikhianati oleh rakan PH.

Jumaat lalu, mesyuarat Majlis Presiden PH berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana memutuskan Dr Mahathir berhak menentukan tarikh transisi peralihan kuasa kepada Anwar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");