Panasnya Hari Ini

UMNO Adakan Mesyuarat Khas Petang Ini

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi UMNO mengadakan mesyuarat khas pada petang ini dipercayai berkaitan situasi politik terkini membabitkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa ketika ditemui berkata, beliau diminta oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pagi tadi untuk memanggil semua ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) menghadiri mesyuarat itu.

“Presiden keluarkan arahan pagi tadi. Saya diminta untuk beritahu semua ahli MKT, jadi kita adakan mesyuarat MKT Khas,” katanya ketika ditemui media di ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini sebagaimana dilaporkan Astro Awani.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas berkenaan isu yang bakal dibincangkan dalam mesyurat bermula jam 4 petang itu.

Ketika ini, perkarangan ibu pejabat UMNO dipenuhi dengan pengamal media dan wakil pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");