Perak Hari Ini
Like

Unity Shield 2020 Gelanggang Uji Prestasi Pasukan Perak Dan Kedah

February 14, 2020
427 Views
0 Comments
2 minutes read
Unity Shield 2020 Gelanggang Uji Prestasi Pasukan Perak Dan Kedah

IPOH: Perak dan Kedah akan menjadikan aksi perlawanan Unity Shield 2020 di Stadium Perak, di sini malam esok sebagai gelanggang untuk menguji tahap prestasi pasukan masing-masing menjelang kempen Liga Malaysia musim ini.

Ketua jurulatih Perak, Mehmed Durakovic berkata pasukannya menyasarkan gelaran juara selepas kecundang di tangan Kedah pada perlawanan edisi pertama tahun lalu.

“Perlawanan ini bagus untuk persediaan kita bagi menghadapi musim ini nanti.

“Ia juga peluang untuk kita menang selepas tahun lalu tewas di Kedah.

“Kita harap para penyokong akan datang beramai-ramai memberikan sokongan kepada kedua-dua pasukan.

“Kita sedar ia bukan sesuatu yang mudah kerana Kedah adalah pasukan yang bagus,” katanya ketika sidang media sempena perlawanan Unity Shield di Stadium Perak, dekat sini, hari ini.

Selain itu beliau berkata, persiapn bagi Skuad The Bos Gaurus setakat ini berada pada tahap baik selepas pulang dari perlawanan persahabatan di Singapura walaupun penjaga gol iaitu Hafizul Hakim dan Khairul Amri mengalami kecederaan.

“Pada perlawanan persahabatan sebelum ini, semua pemain belajar untuk mengenali antara satu sama lain dan mendapatkan keserasian,” katanya.

“Semasa perlawanan persahabat di Singapura kita berjaya mempertingkatkan keserasian para pemain.

“Kita dapat bermain sebagai satu keluarga dan mengenali antara pemain baru dan lama,” katanya.

Sementara itu, Kapten Perak, Shahrul Saad turut menganggap perlawanan Unity Shield ini juga penting untuk pasukannya.

“Perlawanan ini penting untuk menguji pasukan Perak yang mana pada musim ini kita mejangkakan Perak akan menghadapi cabaran yang agak getir,” katanya.

Dalam pada itu, Aidil Shahrin Sahak berkata, kemenangan Kedah pada tahun lalu bukanlah satu keselesaan buat pasukan di bawah kendaliannya itu.

Menurut ketua jurulatih skuad Lang Merah itu perlawanan pada malam esok tetap dianggap penting walaupun ia sekadar perlawanan persahabatan.

“Semua pasukan mahu menang tetapi perkara paling penting adalah memastikan tiada pemain berdepan kecederaan kerana kita akan berdepan musim yang panjang selepas ini,” katanya

Komen & Pendapat

Comments are closed.