Berita Hari Ini

Video Lima Positif Covid-19 Di Hospital Klang Palsu: KKM

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan terdapat lima kes positif Covid-19 di Hospital Klang, berikutan satu video yang tular di media sosial, semalam.

KKM melalui laman Facebook rasminya memaklumkan, video berkenaan merupakan prosedur operasi standard (SOP), dalam menjalankan operasi mengesan kontak rapat.

“Tular video dengan dakwaan ada lima kes positif di Hospital Klang adalah tidak benar.

“Jangan berkongsi atau menyebarkan berita palsu ini,” kata kenyataan itu, lapor Sinar Harian.

Semalam, tular video berdurasi lima saat di media sosial yang mendakwa terdapat lima kes positif Covid-19 di Hospital Klang.

Dalam klip video itu, kelihatan seorang petugas perubatan memakai pakaian perlindungan bersama beberapa orang awam yang turut memakai topeng muka di Hospital Klang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");