Perak Hari Ini

Warga Emas Maut Semasa Potong Dahan Pokok

IPOH- Seorang warga emas ditemui maut tersembam di atas pagar kebun getah dipercayai terlalu penat memotong dahan pokok yang tumbang masuk ke dalam bengkel beliau.

Mangsa, Lee Wah Seng, 71 dilaporkan tidak pulang ke rumah oleh isterinya Wong Soi Phen, 66 pada jam 7.10 petang pada semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Razali Ismail berkata, selepas pencarian dibuat, mangsa ditemui di atas pagar dawai kebun getah sebelah bengkel lama Lee Brothers, Jalan Kernas, Jerlun, Kuala Kangsar.

Katanya, selepas siasatan dijalankan, tiada sebarang kecederaan dilaporkan terdapat pada badan mangsa dan tiada sebarang kesan mangsa dihempap pokok.

“Pemeriksaan di tempat kejadian juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah kerana barang-barang berharga milik mangsa iaitu dompet berisi wang tunang serta telefon bimbit ada pada mangsa,” katanya.

Bagaimanapun kata Razali, selepas post mortem dijalankan, pegawai perubatan telah mengesahkan mangsa maut disebabkan serangan jantung akibat kesesakan nafas secara mengejut.

Mangsa yang juga pengusaha bengkel berkenaan sudah tidak lagi berkerja dan ianya ditutup atas faktor tidak mampu untuk diuruskan.

Menurut isterinya, setelah bengkel tersebut ditutup, setiap hari mangsa akan pergi ke tapak bengkel berkenaan untuk dibersihkan dan pulang pada waktu petang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");