Berita Hari Ini

Warga Emas Rogol Cucu Perempuan Usia 15 Tahun Ditahan

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga emas tergamak menjadikan cucu perempuannya yang berusia 15 tahun sebagai tempat melampiaskan nafsu.

Menurut Astro Awani, lelaki berusia 66 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan terkutuk berkenaan sejak mangsa berusia sembilan tahun.

Suspek terbabit bagaimanapun sudah ditahan di sebuah rumah berhampiran Menggatal, jam 2 petang Sabtu selepas ibu mangsa membuat laporan polis pada 29 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, perkara itu terbongkar apabila ibu mangsa menyedari anaknya menangis di biliknya baru-baru ini.

“Ibu mangsa kemudian bertanya berulang kali menyebabkan mangsa menceritakan dia dirogol oleh datuknya pada pagi 26 Januari lalu.

“Hasil siasatan mendapati mangsa mendakwa pernah dirogol beberapa kali oleh suspek,” katanya.

Menurut Habibi yang dalam kenyataan medianya hari ini berkata, suspek dipercayai merogol mangsa di rumahnya ketika ibu bapa mangsa keluar bekerja.

“Mangsa telah dibawa ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan lanjut.

“Kita turut menahan suspek di rumahnya kira-kira jam 2 petang tadi untuk tujuan siasatan,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");