Categories: Panasnya Hari Ini

Zuraida elak jawab isu kerjasama dengan Umno

Anggota Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin hari ini dilihat mengelak daripada menjawab soalan berkenaan rancangan bekas anggota parlimen PKR untuk bekerjasama dengan Umno.

“Saya tak tahu hal tu. Saya tak ada jumpa mereka,” katanya ringkas kepada pemberita.

Beliau yang ditemui ketika berjalan keluar dari lobi Hotel Sofitel di Kuala Lumpur kemudian terus masuk ke keretanya.

Zuraida berkata demikian ketika dibangkitkan bahawa bekas anggota parlimen PKR sebelum ini sebahagian daripada PH yang berkata mahu “menyelamatkan negara daripada Umno” tetapi dilaporkan termasuk dalam usaha menubuhkan gabungan baru dengan parti itu, pada Ahad lalu.

Digelarkan sebagai “Langkah Sheraton”, ia melibatkan 11 bekas anggota parlimen PKR diketuai Azmin Ali, PAS, Umno, Bersatu, Gabungan Parti Sarawak (GPS), dan dilaporkan juga Warisan.

Sehari kemudian, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution mengumumkan pemecatan Zuraida dan Azmin atas dasar “pengkhianatan terbuka” dan terlibat dalam usaha yang bertentangan dengan pendirian parti dalam soal kedudukan perdana menteri.

Pada masa sama, Azmin dalam satu kenyataan bersama 10 anggota parlimen lain mengumumkan keluar daripada parti itu dan membentuk blok bebas di Parlimen.

Komen & Pendapat
Share

Recent Posts

Apa Rakyat Bakal Nikmati Mulai 1 Apr

KUALA LUMPUR: Bermula hari ini rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat yang terjejas akibat wabak…

20 mins ago

Penduduk Sungai Lui Bimbang Cara Sara Hidup Selepas 2 Minggu PKPD

PETALING JAYA: Kebimbangan utama penduduk di 7 kampung Sungai Lui di Hulu Langat bukannya makanan,…

1 hour ago

Tahap Pematuhan PKP Penduduk Kampar Capai 99 Peratus

KAMPAR - Tahap pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Kampar berada pada tahap 99…

2 hours ago

Tentera Nafi Pukul Orang Awam

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan dakwaan ada anggota mereka memukul dan mencederakan oleh…

3 hours ago

26-30 Dan 56-60 Dua Golongan Umur Paling Tinggi Kes Positif COVID-19

PUTRAJAYA: Statistik menunjukkan dua kumpulan umur masyarakat yang paling tinggi kes positif COVID-19 adalah dalam lingkungan…

4 hours ago

Peluang perokok berhenti merokok – KP Kesihatan

“BAGI perokok, gunakan peluang ini untuk berhenti merokok. “Bukan perokok boleh ‘speak out’ kepada ahli…

15 hours ago