Berita Hari Ini

Zuraida: Terpulang Pada PAS Nak Buat Undi Percaya PM

KOTA BHARU: Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin berpendapat, terpulang kepada PAS untuk melaksanakan usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad di Parlimen.

Menurut anggota parlimen Ampang itu, Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dan terserah kepada pihak berkenaan nak buat apa selagi ia mengikut peraturan dan perlembagaan negara.

“Saya tidak ada komen , kalau perkara itu betul, tak tahu perkara itu betul atau tidak. Kalau betul itu adalah inisiatif sendiri daripada parti PAS dan itu terpulang.

“Kita mengamalkan sistem demokrasi jadi terpulang kepada pihak nak buat apa selagi ia mengikut perlembagaan mengikut peraturan dan tidak melanggar apa-apa,” katanya kepada media selepas merasmikan kempen antisampah di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat PAS undi mengemukakan undi percaya terhadap Mahathir sebagai menyatakan sokongan agar meneruskan khidmat sebagai perdana menteri sehingga tamat penggal PRU14 lapor MKini.

Terdahulu Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini bersama Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan memberitahu bahawa PAS akan membawa usul undi percaya dalam Dewan Rakyat bagi menyokong agar Mahathir kekal sebagai perdana menteri.

Kata mereka, keputusan itu diambil setelah terdapat beberapa pihak yang “menggembar-gemburkan rasa tidak puas hati” terhadap kepimpinan Mahathir, namun sehingga kini, tiada usul undi tidak percaya yang dibuat oleh mana-mana pihak.

Sehubungan itu pelbagai reaksi dilontarkan termasuk membantah hasrat PAS itu.

Malah Presiden PKR, Anwar Ibrahim sebelum ini menyifatkan cadangan PAS itu satu perkara canggung yang tidak pernah dibuat mana-mana parti pembangkang sesebuah kerajaan.

Menganggap ia sebagai tiada asas, Anwar berkata perkara itu pada pendapatnya tidak wajar pun diangkat untuk dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Harapan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");