Berita Hari Ini
Like

21 Individu Di Ipoh Ditahan Ingkar PKP

March 29, 2020
333 Views
0 Comments
1 minute read
21 Individu Di Ipoh Ditahan Ingkar PKP

IPOH – Seramai 21 individu telah ditahan polis sepanjang tempoh 11 hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekitar kawasan Ipoh.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, mereka ditahan kerana ingkar di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

“Sepanjang tempoh bermula 18 hingga 28 Mac, 12 individu ditangkap di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa dan lima individu ditahan atas kesalahan mencuri motosikal.

“Selain itu, dua lelaki ditahan kerana menghalang penjawat awam manakala masing-masing seorang ditahan kerana melakukan pencerobohan rumah dan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, kesemua kesalahan tersebut disiasat bersama Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara enam bulan.

“Pihak polis menasihatkan masyarakat supaya mematuhi arahan PKP ini dengan tidak sewenang-wenangnya keluar tanpa alasan.

“Tindakan itu boleh menyebabkan anda ditahan atas kesalahan berkaitan pelanggaran perintah tersebut,” katanya memetik Sinar Harian.

Komen & Pendapat

Comments are closed.