Berita Hari Ini

3 Insiden Pengsan Di Sunway Pyramid Tiada Kaitan Covid-19

PETALING JAYA: Pengurusan pusat membeli-belah, Sunway Pyramid menolak dakwaan kejadian penghantar makanan Grab yang pengsan di sekitar pusat membeli-belah itu mempunyai kaitan dengan wabak Koronavirus (Covid-19).

Dalam satu kenyataan, pengurusan syarikat premis itu berkata insiden yang tular berkenaan, serta satu kejadian berasigan yang melibatkan seorang pembeli yang pengsan di Sunway Pyramid turut tiada kaitan dengan wabak tersebut.

“Berhubung video yang beredar di media sosial baru-baru ini mengenai penghantar makanan Grab pengsan di sekitar Sunway Pyramid, kami ingin menjelaskan penghantar itu telah dihantar ke sebuah hospital berdekatan untuk rawatan perubatan selepas tindakan segera oleh kakitangan keselamatan kami.

“Bagi kes berasingan mengenai dakwaan seorang yang dikatakan pembeli di pusat beli-belah ini, kakitangan penjagaan pelanggan kami mendapati pembeli itu kini berada dalam keadaan baik, mampu menjalankan aktivitinya dan sejak itu telah pulang ke rumah,” kata kenyataan tersebut.

Pada masa sama, kenyataan itu turut menjelaskan bahawa satu lagi video tular yang memaparkan seorang wanita pengsan di sebuah premis makanan tidak berlaku di pusat membeli-belah itu.

“Video yang memaparkan seorang wanita yang pengsan berhampiran dengan kawasan premis makanan, ia tidak berlaku di Sunway Pyramid.

“Kesemua tiga kes ini tidak ada kaitan dengan Covid-19,” tambah kenyataan itu lagi.

Selain itu, Sunway Pyramid turut menasihatkan agar semua pihak supaya tidak berkongsi hantaran media sosial yang tidak disahkan yang boleh mencetuskan ketakutan dan spekulasi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");