Berita Hari Ini

30 Tetamu Kenduri Kahwin Diarah Beredar

KUDAT: Seramai 30 tetamu majlis kenduri kahwin yang berlangsung di sebuah kampung di Sikuati di sini, beredar sejurus diarahkan pasukan pemantau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

Difahamkan, selain Polis Diraja Malaysia (PDRM), turut hadir di lokasi pada jam 10 pagi itu adalah agensi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Penerangan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Bandaran Kudat (LBK).

Ketua Polis Daerah Kudat, Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah, berkata majlis perkahwinan yang dijadualkan bermula jam 12 tengah hari itu disedari anggota polis yang memantau selepas beberapa orang awam memaklumkan destinasi mereka .

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan pemantau mengadakan pertemuan dengan tuan rumah untuk memberi arahan dan keluarga pengantin serta tetamu akur untuk tidak meneruskan majlis.

“Ia susulan perintah kerajaan yang mengarahkan larangan majlis atau perhimpunan beramai-ramai seperti perkahwinan termasuk berkaitan keagamaan bertujuan mengelak penularan wabak COVID-19,” katanya dihubungi.

Mohd Firdaus berkata, pihaknya dengan kerjasama agensi lain giat menjalankan pemantauan sejak 18 Mac lalu sehingga 31 Mac ini selaras pelaksanaan PKP lapor BHarian.

“Setakat perkembangan hari ini, pihak Polis sudah memulakan sekatan jalan raya bagi mengawal orang awam daripada bergerak sesuka hati dan ia berjalan lancar manakala anggota tentera dijangka tiba pada petang ini.

“Hanya agensi yang dibenarkan bekerja juga seorang individu mewakili isi rumah untuk membeli barang keperluan yang penting diizinkan melepasi sekatan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");