Berita Hari Ini

409 lokasi seluruh negara diwarta sebagai pusat kuarantin

Kerajaan telah mewartakan 409 lokasi sebagai pusat kuarantin bagi menghadapi pandemik Covid-19.

Pewartaan itu selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Senarai itu termasuk Institut Pendidikan Guru (IPG), kolej komuniti, Institut Kemahiran Mara, pusat latihan, dan malah Taman Negara Similajau di Bintulu, Sarawak.

Warga Malaysia yang pulang dari luar negara diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari.

Usaha telah dijalankan untuk membawa pulang 1,565 warga Malaysia di Iran dan India, yang dijangka tiba esok.

Selain itu, terdapat lebih 80 warga Malaysia yang berada di Indonesia untuk menyertai satu himpunan Tabligh – yang kini sudah ditangguhkan – dengan kerajaan berkata mereka akan diletakkan dalam kuarantin sebaik pulang ke Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");