Berita Hari Ini

7.4 juta Permohonan e-Tunai Rakyat Diluluskan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 7.4 juta permohonan program e-Tunai Rakyat bernilai RM30 setiap permohonan telah diluluskan setakat pukul 12 tengah malam tadi, sejak ia dilancarkan pada 15 Januari lepas.

Menurut sumber daripada Kementerian Kewangan, sehingga kini kerajaan telah memperuntukan lebih RM222 juta untuk inisiatif itu yang akan berakhir Sabtu ini.

“Program e-Tunai Rakyat masih berjalan dan akan berakhir pada 14 Mac ini,” kata sumber itu kepada Bernama, hari ini.

Diperkenalkan semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH), syarat permohonanya ialah pemohon mesti rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun adalah layak untuk menerima wang e-tunai itu melalui mana-mana e-dompet yang mengambil bahagian.

Di bawah Belanjawan 2020, kerajaan melaksanakan program e-Tunai Rakyat melibatkan peruntukan RM450 juta yang mengagihkan RM30 kepada setiap orang yang layak untuk menggalakkan penggunaan e-dompet dan pembayaran digital di negara ini

Tinjauan Bernama mendapati beberapa aplikasi di e-dompet telah menunjukkan notifikasi tamat tempoh sejak semalam untuk menuntut insentif itu.

Bagi memastikan inisiatif ini akan mempercepatkan proses pendigitalan Malaysia, RM30 itu mesti dibelanjakan pada 14 Mac, 2020, dan baki yang tidak dibelanjakan akan luput selepas tempoh tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");