Perak Hari Ini

Ahmad Faizal MB Perak Ke-13

IPOH – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai Menteri Besar Perak ke-13.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja kepada Sultan Perak, Kolonel (B) Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor berkata, pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chenderiang, itu telah diperkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

“Sultan Perak, berpandukan Perkara XVI, Fasal 2(a), undang-undang tubuh Kerajaan Perak, pada pertimbangan Baginda, Ahmad Faizal, Adun Chenderiang mendapat kepercayaan sebahagian besar dari ahli-ahli Dewan Negeri untuk dilantik Menteri Besar ke-13,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, istiadat angkat sumpah jawatan dan menandatangani watikah Menteri Besar Perak akan dilangsungkan pada jam 3.30 petang ini di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar.

Untuk rekod ini merupakan kali kedua Ahmad Faizal dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang mana kali pertama beliau mengangkat sumpah jawatan tersebut pada Mei 2018.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");