Perak Hari Ini

Ahmad Faizal Mulakan Tugas MB Perak Ke-13

IPOH: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang dipilih sekali lagi dan seterusnya sebagai Menteri Besar Perak Ke-13 memulakan tugasnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada jam 8.30 pagi, hari ini.

Beliau yang tiba di Bangunan Perak Darul Ridzuan dengan berpakaian sut hitam disambut Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) Nor Sham Rahman; Pegawai Kewangan Negeri Datuk Zulazlan Abu Hassan serta para pegawai dari pelbagai agensi dan jabatan.

Ahmad Faizal kemudian diberikan taklimat ringkas daripada pegawai Jabatan Kesihatan Negeri di Pejabat Menteri Besar Perak, sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri (MKN).

Difahamkan, mesyuarat itu diadakan bertujuan bagi membincangkan tindakan lanjut pentadbiran kerajaan negeri serta agensi berkaitan, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya semalam.

Sementara itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Perak, sambutan ketibaan Ahmad Faizal berlangsung dalam skala yang kecil dan tanpa kehadiran pihak media.

Menurut kenyataan itu lagi, ia merupakan sebagai langkah mewujudkan jarak sosial, bagi membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");