Membawang Hari Ini

Aliff Syukri Menangis ‘Darah’ Pula…

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Aliff Syukri yang berhadapan dakwaan memukul dan mencubit anak angkat berusia dua tahun, sekali lagi menarik perhatian netizen apabila video memaparkan dirinya menangis ‘darah’, tular.

Video pendek dimuat naik di Instagram itu adalah gimik usahawan kosmetik terbabit yang akan melancarkan single baharu berjudul Ingin Bahagia, lusa.

Namun, kata-kata dikongsi Aliff pada entri berkenaan yang menyentuh emosi dirinya sekarang, menarik perhatian ramai.

“Inilah perasaan saya ketika ini… ‘Teaser’ lagu baharu saya.

“Kalau saya difitnah orang mengecam melampau-lampau dan saya terdiam, bukan sebab bersalah. Tetapi biar pihak berkuasa yang menjalankan tugas.

“Kalau bukan salah, saya biarkan korang tanggung nanti. Saya sedih… Apa pun saya maafkan sahaja.

“Bagi saya, tiada benda lain dalam dunia ini yang paling berharga iaitu kebahagiaan,” katanya pada entri berkenaan yang merekodkan lebih 770,000 tontonan dengan hampir 10,000 komen sehingga jam 8.30 malam tadi.

Sebelum ini, BH Online melaporkan, kertas siasatan berhubung kes memukul anak angkat berusia dua tahun membabitkan Aliff, dijangka diserahkan polis kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR), semalam, untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, dilaporkan berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan semua saksi terbabit kes berkenaan.

Media sebelum ini, melaporkan usahawan kosmetik itu didakwa memukul dan mencubit kanak-kanak perempuan itu pada 28 Februari lalu sebelum pembantu rumahnya warga Indonesia membuat laporan polis keesokannya.

Aliff turut ditahan namun dibebaskan dengan jaminan polis, manakala anak angkatnya diserahkan kepada pembantu peribadinya untuk dijaga sementara atas nasihat pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Petaling Jaya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");