Berita Hari Ini

Angkat Sumpah Ketua Menteri Melaka Ditangguh Isnin

MELAKA – Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob hari ini memutuskan agar Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri Melaka Ke-12 ditangguhkan ke Isnin ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Hasim Hasan berkata istiadat yang dijadual esok itu akan diadakan pada 3.30 petang, 9 Mac di Dewan Seri Utama, Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di Ayer Keroh di sini, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan di sini hari ini.

Pada Isnin lepas (2 Mac) dilaporkan Mohd Khalil mendapat representasi bahawa Ketua Menteri Adly Zahari tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka.

Sehubungan itu Mohd Khalil akan melantik seorang ADUN sebagai Ketua Menteri yang baharu dalam masa terdekat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");