Perak Hari Ini

Bayaran Sewa PPR Dikecualikan Enam Bulan

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan bersetuju untuk memanjangkan pengecualian pembayaran sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) daripada tempoh sebulan yang diumumkan sebelum ini kepada enam bulan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan melaksanakan moratorium itu akan membabitkan peruntukan kos keseluruhan sebanyak RM3 juta yang bakal ditanggung oleh kerajaan.

“Pengecualian ini membabitkan 3,636 unit rumah PPR disewa atau transit bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Bagi unit sewa pula, penangguhan bayaran bulanan diberikan selama enam bulan, berkuat kuasa April hingga September ini.

“Penangguhan bayaran ini membabitkan kos RM5.7 juta bagi 4,649 unit,” katanya.

Sementara itu katanya bagi Perumahan Awam pula, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memberi pengecualian yang sama yang memanfaatkan lebih 40,000 penyewa.

“Saya menyeru kepada Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan lain supaya memberikan pengecualian yang sama bagi meringankan beban penghuni PPR di negeri masing-masing,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) hari ini.

Pada masa sama, katanya kerajaan juga bersetuju memberikan pengecualian sewaan selama enam bulan untuk semua premis milik Kerajaan Persekutuan seperti kantin sekolah, taska, kafeteria, kedai serbaneka dan lain-lain.

Jelasnya ia termasuk semua premis milik agensi dan badan berkanun Kerajaan Persekutuan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");