Berita Hari Ini

Bazar Ramadan dibenar jika ikut SOP Kementerian Kesihatan

Bazar Ramadan masih dibenarkan beroperasi selagi peniaga mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP) kementerian untuk mencegah penularan wabak Covid-19, maklum Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

“Apa yang lebih mustahak adalah mengamalkan menjaga jarak antara satu sama lain dengan selamat dan mengambil semua langkah berjaga-jaga, tahap kebersihan yang baik.

“Kawalan sangat penting untuk mengelakkan tempat-tempat yang sesak. Pada dasarnya kami perlu melihat pelaksanaannya.

“Ini selagi mereka boleh mengikuti SOP kami untuk mengelakkan kontak rapat dan mempunyai ruang yang baik serta kemudahan mencuci tangan dan kawalan keseluruhan kawasan,” katanya.

Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata bazar Ramadan pada tahun ini akan tetap diteruskan.

Menurut beliau, pengurusan bazar Ramadan perlu diubah suai tanpa membatalkannya memandangkan ia merupakan keperluan terutamanya bagi mereka yang tinggal di bandar.

“Kita kena fikirkan keperluan masyarakat bandar yang tidak sempat memasak selepas habis bekerja,” katanya.

Annuar berkata, yang pasti, prosedur pengurusan bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan mulai tahun ini akan dipertingkat bagi mengelak orang ramai bersesak di gerai-gerai jualan.

“Saya mahu perkara ini dibuat penelitian, kerana bazar Ramadan yang lazimnya besar dan luas yang dibuat sebelum ini besar kemungkinan kita tidak boleh lakukan lagi,” jelasnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan Covid-19, Noor Hisham hari ini berkata keupayaan ujian saringan virus telah meningkat kepada 11,750 ujian sehari.

Menurut ketua pengarah kesihatan lagi, kementerian menjalankan ujian di hampir 46 makmal dengan matlamat untuk membuat 16,500 saringan sehari.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");