Berita Hari Ini

Bekalan Roti Gardenia Seperti Biasa Dalam PKP

KUALA LUMPUR: Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd terus membekalkan roti keluarannya ke pasar raya dan kedai-kedai seperti biasa semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengeluar roti itu berkata dalam satu kenyataan hari ini menggesa pengguna supaya bertenang dan membeli mengikut keperluan dan pengambilan seharian mereka.

“Gardenia bersama-sama anda dalam keadaan ini dan yakinlah kami sedang berusaha, beroperasi 24 jam sehari untuk meningkatkan pengeluaran kami bagi memenuhi keperluan pengguna.

“Terima kasih atas kerjasama dan sokongan berterusan anda semua. Untuk maklumat lanjut sila e-mel kami di [email protected],” katanya.

Pengeluar roti itu mendedahkan dalam halaman Facebooknya semalam bahawa ia tidak akan dapat meningkatkan bekalan produknya dalam pasaran.

Dalam satu kenyataan ringkas di dalam ruangan komen halaman Facebooknya semalam, Gardenia berkata ini adalah kerana kilang-kilangnya sudahpun mencecah nilai ambang maksimum pengeluaran.

Tinjauan di beberapa pasar raya dan kedai serbaneka di sekitar bandar raya mendapati bukan Gardenia sahaja malah jenama lain turut laris jualannya sejak pelaksanaan PKP. -Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");