Panasnya Hari Ini

Biar Hilang Jawatan Daripada Hilang Hati Nurani – Syed Saddiq

KUALA LUMPUR: Isu dalaman yang melanda parti Bersatu tidak menghalang bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengulangi pendiriannya untuk tidak menyokong presiden parti itu, Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri baru menggantikan Dr Mahathir Mohamad.

“Saya ucapkan selamat berjaya kepadanya,” kata Ahli Parlimen Muar itu kepada pemberita ketika ditanya keputusan seorang bekas pegawai khasnya mengalihkan sokongan daripada Mahathir kepada Muhyiddin.

“Malangnya, saya tidak akan menyertai beliau kerana saya lebih rela kehilangan semua jawatan saya daripada hati nurani saya,” kata Syed Saddiq, lapor Malaysiakini.

Syed Saddiq yang kini merupakan ketua pemuda Bersatu akan dicabar pada pemilihan parti akan datang.

Pelantikan Muhyiddin sebagai perdana menteri kelapan telah mencetuskan kemelut dalam Bersatu, dengan sekumpulan pemimpinnya terus menyokong Mahathir, sementara majoriti pemimpinnya telah memilih untuk bersama Muhyiddin dan gabungan Perikatan Nasional yang baru.

Semalam, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, yang juga bertanding sebagai ketua bahagian Bersatu Titiwangsa, mengumumkan di Facebook bahawa, selepas pertemuan dua jam dengan Muhyiddin, beliau memilih untuk menyokong kepimpinan ahli parlimen Pagoh itu sebagai perdana menteri.

Pengumuman Wan Ahmad Fayhsal di Facebook telah menarik lebih daripada 1,000 komen, termasuk dari pengkritik yang mengingatkan dia tentang ciap Twitter pada 29 Feb, yang menyatakan sokongan kepada Syed Saddiq dan Mahathir.

Antara lain, beliau telah mengulang ciap respons Syed Saddiq berhubung keadaan Bersatu, bahawa perlunya menegakkan integriti daripada sekadar menjadi sebahagian daripada majoriti.

Selain Syed Saddiq, bekas menteri Bersatu lain termasuk Md Redzuan Md Yusof dan Rina Harun telah menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");