Membawang Hari Ini

‘Biar Polis Ambil Tindakan’

ISTERI kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid menyerahkan sepenuhnya kepada polis susulan dakwaan suami wanita itu dikaitkan dengan kejadian memukul anak angkat mereka berusia dua tahun.

“Kalau betul salah, biar polis ambil tindakan,” katanya

Bagaimanapun, Nur Shahida enggan mengulas lanjut isu yang membabitkan suaminya.

Nur Shahida yang kini menunaikan umrah bersama anaknya sejak 23 Februari lalu berkata, sebaik-baiknya biar perkara itu diselesaikan pihak berwajib.

“Saya tidak ada apa nak komen. Biar polis buat kerja mereka,” katanya ringkas.

Sementara itu, Aliff ketika dihubungi memohon doa yang terbaik buat dirinya.

“Doakan yang terbaik,” jawabnya ringkas.

Ditanya lanjut mengenai dakwaan yang timbul, Aliff menyerahkan segala siasatan kepada polis.

Malah, buat masa sekarang, Aliff memaklumkan dia dinasihatkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan supaya tidak mengganggu siasatan polis.

“Saya minta maaf sebab tidak boleh bercakap lebih mengenai perkara ini kerana ia sudah menjadi kes polis.

“Biar mereka membuat siasatan. Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi. Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan segera,” katanya.

Aliff juga memohon masyarakat terutama warganet berhenti membuat sebarang spekulasi.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan mangsa yang berusia dua tahun dipukul dengan menggunakan tangan dan kasut serta dicubit hingga meninggalkan kesan pada badannya.

Suspek dikatakan memukul mangsa yang menangis ketika dia sibuk merakam video untuk kandungan YouTube miliknya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");