Panasnya Hari Ini

BN Melaka Tarik Balik Kerjasama Wakil Rakyat Bersatu

MELAKA TENGAH – Perikatan Nasional memutuskan untuk tidak meneruskan kerjasama dengan dua wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Melaka.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, sejak selepas pembentukan kerajaan baharu pada 2 Mac lalu, pihaknya tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan dua wakil rakyat itu iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Rafiq Naizamohideen dan ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad sebelum mengetahui mengenai Majlis Istiadat Mengangkat Sumpah Ketua Menteri baharu esok.

Sehubungan itu katanya, 13 ADUN BN akan bekerjasama dengan ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis (PKR) dan ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee (DAP) untuk membentuk gabungan baharu serta membawa satu akuan bersumpah baharu (SD) kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob.

“Gabungan pada 2 Mac lalu terbatal serta-merta, bagaimanapun kerjasama ini tidak akan menjejaskan kerjasama Perikatan Nasional di peringkat nasional.

“Kita bukan membantah Perikatan Nasional tetapi watak-watak dari Bersatu yang tidak memberi penghormatan kepada kami 13 ADUN ini dan kita putuskan tidak boleh bekerjasama dengan dua ADUN ini,” katanya pada sidang media khas Perikatan Nasional Melaka di sini hari ini.

Mengulas lanjut Ab Rauf yang juga Pengerusi UMNO Melaka berkata, pihaknya akan mempersembahkan SD yang disertai bersama ADUN Rembia dan Pengakalan Batu dengan kadar segera.

Isnin lalu, BN Melaka mengesahkan pembentukan kerajaan negeri baharu menerusi Perikatan Nasional dan Bersatu.

Pembentukan itu termasuk 15 ADUN BN dan dua ADUN Bersatu selepas mempersembahkan akaun bersumpah (SD) kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob.

Ab Rauf bagaimanapun berkata, jawatan Ketua Menteri akan diumumkan dalam masa terdekat dan nama tersebut adalah salah seorang dalam kalangan 15 ADUN berkenaan memetik Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");