Berita Hari Ini

‘Bukan Masanya Untuk Bersantai-santai’ – Semua Pusat Peranginan Dan Hotel Di Terengganu Ditutup

KUALA TERENGGANU: Kesemua pusat peranginan, pulau dan hotel di Terengganu ditutup seiring dengan perintah kawalan pergerakan yang bermula hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata tempoh dua minggu pertama sehingga 31 Mac depan bukan tempoh untuk bersantai-santai, bercuti dan sebagainya.

Beliau berkata jangan memandang remeh gesaan daripada pihak berkuasa sepanjang tempoh larangan itu.

“Ini adalah bukan tempoh untuk kita bersantai-santai, bercuti dan sebagainya jadi mereka yang berada di tempat demikian juga ‘lockdown’.

“Janganlah kita memandang remeh gesaan daripada pihak berkuasa ini. Ini dibawah Akta 342, bukan sekadar saranan begitu sahaja, perkara yang diperuntukkan dalam perlembagaan dalam undang-undang kita supaya tidak ada aktiviti pelancong terutama di hotel-hotel dan sebagainya,” katanya selepas mengadakan lawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada Rabu.

Terdahulu, kerajaan negeri Terengganu menyeru semua rakyat di negeri itu akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan bermula 18 hingga 31 Mac ini bagi mencegah penularan COVID-19.

Beliau berharap semua rakyat Terengganu dapat memanfaatkan masa berkualiti bersama keluarga di rumah sepanjang tempoh kawalan tersebut.

Ahmad Samsuri turut mengingatkan orang ramai agar tidak keluar beramai-ramai dan keluar jika ada keperluan sahaja memetik Astro Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");