Berita Hari Ini

COVID-19: 10 Kes Baharu Di Malaysia

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat 10 kes baharu (kes ke-84 hingga kes ke-93) jangkitan COVID-19 di negara ini, setakat jam 12 tengah hari, hari ini (Sabtu).

Dalam satu kenyataan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kesemua kes tersebut telah dikesan untuk rawatan selanjutnya, selain menambah, kontak-kontak rapat bagi kes berkenaan juga sedang dikenal pasti untuk siasatan dan pengambilan sampel selanjutnya.

“Kesemua kes baharu yang dilaporkan pada hari ini merupakan kontak rapat kepada kes ke-33 di mana, empat (4) kes iaitu kes ke-85, 86, 87 dan 93 merupakan generasi pertama kontak rapat kepada kes ke-33, manakala enam (6) kes baharu ini pula merupakan generasi kedua iaitu kontak rapat kepada kes ke-33 iaitu kes ke-84, 88, 89, 90, 91, dan 92.

“Kesemua kes ini telah dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak dan telah dimasukkan ke hospital bagi isolasi dan rawatan selanjutnya,” kata kenyataan itu, lapor Astro Awani.

Sementara itu, hasil siasatan terkini terhadap kontak-kontak rapat kepada kes ke-26, mendapati satu kluster jangkitan COVID-19 berkait dengan kes ke-33. Sejumlah 132 kontak rapat telah dikenal pasti berkait dengan kes tersebut.

Daripada jumlah tersebut, 18 kes telah disahkan positif, kini masih dirawat di hospital dan berada dalam keadaan stabil. Manakala, 38 kontak rapat adalah negatif dan diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah untuk tempoh 14 hari.

“Keputusan makmal bagi 76 lagi kontak rapat masih belum diperolehi namun semua kontak rapat ini dilaporkan sihat dan diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah,” kata Noor Hisham.

KKM masih menjalankan siasatan dan aktiviti pengesanan kontak rapat masih diteruskan bagi mengenal pasti punca di mana kes mendapat jangkitan dan seterusnya mencegah penularan jangkitan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");