Perak Hari Ini

COVID-19: 2 Kematian, 120 Kes Baharu Dicatat, Jumlah Meningkat Kepada 673

IPOH- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan terdapat dua kematian yang dicatatkan ekoran daripada penularan wabak cmkoronavirus (COVID-19).

Sementara itu, jumlah kes yang disahkan positif COVID-19 meningkat sebanyak 120 kes baharu direkodkan setakat jam 6:00 petang.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, angka terbaharu itu menjadikan kes kumulatif di negara ini meningkat kepada 673 kes.

Bagaimanpun menurut beliau, dimaklumkan kini telah terdapat dua angka kematian COVID-19 iaitu melibatkan kes ke-178 dan kes ke-358 yang dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, KKM pada hari ini.

“Kes ke-178 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 34 tahun yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling dan mendapat rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru pada 12 Mac 2020 setelah dikesan positif COVID-19.

“Kes ke-358 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kronik dan mendapat rawatan di Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac 2020 setelah dikesan positif COVID-19,” katanya

Menurut beliau kesihatan kedua-dua pesakit merosot dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan disahkan meninggal dunia pada 17 Mac 2020.

Sementara itu katanya, peningkatan jumlah kes iaitu 120 kes yang mana sebanyak 95 kes positif COVID-19 adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling, baru-baru ini.

Katanya, tujuh kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 49 kes.

Sehingga kini, seramai 12 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

KKM turut menggesa orang ramai untuk mematuhi segala arahan berkaitan dengan perintah tersebut, yang akan dikuatkuasakan mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 3020.

Kegagalan mematuhi mana-mana arahan tersebut, sekiranya disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 24 Akta 342,

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");