Perak Hari Ini

Covid-19: 600 Tentera Bantu Polis Di Perak

IPOH- Seramai 600 orang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditempatkan di kesemua 15 daerah di negeri Perak bagi membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid berkata, kerajaan telah memutuskan supaya ATM membantu pihak PDRM bagi mengawal sewaktu tempoh PKP di seluruh negara bagi menguatkan lagi kekuatan anggota pasukan keselamatan negara.

“Buat masa ini, pada hari ke lima, kerajaan telah memberi arahan dan kita berkerjasama dengan pihak ATM dan bersama saya Panglima 2 Briged, Tuan Malek Razak Sulaiman dengan keanggotaan pegawai seramai 600 orang telah membantu bagu 15 daerah.

“Kita dapat berkerjasama dalam keadaan yang sangat harmoni dan kita akan teruskan untuk menasihatkan warga negeri ini untuk Stay At Home jika tiada keperluan untuk keluar,” katanya kepada media semasa melaksanakan sekatan jalan, hari ini.

Menurut beliau, setelah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengisytiharkan berkenaan PKP bermula 18 hingga 31 Mac, pihak polis dalam masa empat hari telah mengadakan sekatan jalan dan anggota-anggota telah menasihatkan masyarakat terutamanya warga negeri Perak untuk berada di rumah.

“Stay at home ini bagi menentukan bahawa wabak koronavirus (Covid-19) ini tidak berleluasa. Sebelum ini telah dinyatakan bahawa ramai dari kalangan kluster daripada Tabligh tetapi kita khuatiri perkara ini akan merebak kepada kluster bukan Tabligh atau kluster-kluster yang ini.

“Jadi ini adalah satu pendekatan yang sangat baik daripada kerajaan menentukan bahawa masyarakat serta premis diarahkan untuk tutup dan pejabat kerajaan diarah berkerja dari rumah merupakan satu pendekatan yang sangat baik,” katanya.

Selain itu katanya, PDRM juga telah menetapkan supaya semua anggota yang bertugas berada pda jarak satu meter disamping menjaga kebersihan diri.

“Pihak kami telah menentukan bahawa anggota atau pegawai kita mesti berada sekurang-kurangnya satu meter malahan kita juga mengingatkan pada setiap pagi menjaga kebersihan seperti mencuci tangan, jangan pegang muka, balik kerumah terus cuci badan.

“Sebelum kita membantu masyarakat di luar, kita perlu menentukan bahawa kita dapat membantu diri daripada musuh yang kita tidak nampak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");