Perak Hari Ini

Covid-19: Batal Solat Jumaat Dan Jemaah Di Perak Bersambung

IPOH- Tiada solat berjemaah dan solat Jumaat di masjid atau surau di Perak bersambung selepas pengumuman lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020 bagi mengelak penularan wabak koronavirus (COVID-19).

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Shahrul Azam Shaari berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Tidak dilaksanakan Solat Jumaat pada 3 April 2020 dan 10 April 2020, Solat Jumaat tersebut wajib diganti dengan menunaikan Solat Zohor di rumah masing- masing.

“Tidak dilaksanakan solat fardu secara berjemaah di semua masjid dan surau di Negeri Perak sepanjang tempoh tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, MAIPk dalam satu kenyataan turut tidak membenarkan sebarang solat jemaah dan solat Jumaat bermula solat Maghrib pada 17 Mac sehingga solat Isyak 31 Mac 2020 bagi, namun tempoh tersebut disambung mengikut situasi penularan wabak Covid-19.

Katanya lagi, semua Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau Negeri Perak hendaklah melaksanakan arahan yang ditetapkan sehingga 14 April 2020.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");