Perak Hari Ini

Covid-19: Bekas Timbalan Menteri Kesihatan Cadang Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan Transmisi Berlaku

IPOH- Bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye mencadangkan kerajaan supaya melaksanakan perintah kawalan pergerakan meliputi kawasan isolasi dan di lokaliti di mana transmisi korona virus (COVID-19) berlaku di komuniti.

Dalam hantaran di Facebook katanya hari ini, beliau menyambut baik tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.

Bagaimanapun katanya, setiap penduduk di lokaliti di kawasan yang terlibat dengan virus berkenaan seharusnya tidak dibenarkan keluar dari lokaliti berkenaan kecuali saringan Kesihatan atau suhu badan adalah normal.

“Tindakan ini perlu untuk menyekat virus tersebut daripada merebak melalui pergerakan bakal pesakit COVID-19 dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

“Langkah ini penting kerana #Pergerakan “Balik Kampung” sepanjang 18 Mac hingga 31 Mac 2020 berpotensi menyebar virus COVID-19 ke destinasi yang baru, khususnya di kawasan desa,” katanya.

Bagaimanapun katanya yang juga Ahli Parlimen Gopeng, sepanjang pengalaman beliau bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terbuktilah mereka mempunyai pasukan yang berupaya dan professional walaupun berfungsi dalam keadaan sumber yang terhad.

Beliau turut menyeru supaya rakyat Malaysia memberi kerjasama kepada KKM dan mengikut langkah yang telah digariskan oleh kerajaan.

“Pada saat yang mencabar akibat wabak virus COVID-19, saya menyeru supaya semua rakyat Malaysia memberi kerjasama serta sokongan padu kepada warga KKM.

“Pasti tekanan kerja serta risiko yang mereka hadapi sekarang semakin meruncing ketika jumlah kes virus COVID-19 meningkat.

“Saya juga menyeru setiap rakyat Malaysia mengambil tanggungjawab sendiri untuk mencegah jangkitan COVID-19 ini.

“Orang ramai harus basuh tangan selalu, jangan sentuh muka dan tidak lagi berjabat tangan untuk mengelakkan penyebaran kuman,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");