Perak Hari Ini

Covid-19: Henti Sementara Aktiviti Tabligh – JAIPk

IPOH: Bagi membendung penularan Koronavirus (Covid-19) di negeri ini, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) melarang sebarang bentuk aktiviti ‘’Echo Training’ jemaah tabligh.

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata jemaah tabligh dilarang untuk menjalankan sebarang aktiviti tersebut sama ada di kawasan masjid mahupun surau.

Namun jelasnya, larangan tersebut hanya bersifat sementara dan ia sebagai langkah untuk membendung penyebaran Covid-19.

“Jawatankuasa kariah dipohon untuk menyemak sama ada masjid atau surau yang ada tumpuan ataupun kunjungan Jemaah Tabligh.

“Terutamanya yang pulang dari Ijtimak Jemaah Tabligh di Masjid Seri Petaling baru-baru ini, agar dapat membuat saringan kesihatan di Pejabat Kesihatan berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau turut menyarankan agar semua masjid dan surau dapat melakukan proses nyah virus dan penyucian jika terdapat gejala Covid-19 di kawasan tersebut.

“Pastikan masjid atau surau berkenaan melakukan proses nyah virus dan penyucian jika terdapat gejala terbabit,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");