Berita Hari Ini

COVID-19: Hina Polis Buat Rondaan PKP, Mekanik Direman

JITRA: Seorang mekanik ditahan polis selepas dikesan memuat naik status di media sosial dengan mengeluarkan kenyataan menghina polis yang menjalankan tugas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di sini semalam.

Memetik BH Online, lelaki berusia 32 tahun ditahan sepasukan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu jam 9.25 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Mohd Ismail, berkata lelaki itu ditahan selepas anggotanya menerima maklumat melalui aplikasi WhatsApp kumpulan berkaitan status yang memburukkan imej polis di media sosial petang semalam.

Beliau berkata, status itu ditulis “Beruk Mari Pulok” yang memaksudkan anggota polis datang ke satu kawasan di daerah ini dan mendapat banyak komen dari netizen.

“Berikutan itu, berdasarkan maklumat yang diperoleh, anggota kami kemudian menyerbu rumah sewa lelaki itu di Taman Desa Murni, di sini malam tadi.

“Berdasarkan siasatan, gambar anggota kami yang dimuat turun dalam status lelaki itu dikatakan datang ke tempat itu untuk mengarahkan orang ramai yang dipercayai berhimpun di situ supaya bersurai disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa ekoran COVID-19,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Ismail berkata, suspek kemudian dibawa ke Mahkamah Alor Setar untuk mendapat perintah reman hari ini.

Dia direman empat hari bermula hari ini sehingga 25 Mac ini untuk membantu siasatan.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Muhammad Zulhilmi Latiff.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Saya nasihatkan orang ramai supaya jangan berkongsi atau menyebarkan berita yang tidak sahih atau menghina pihak berkuasa kerana tindakan boleh diambil terhadap mereka,” katanya.

Mohd Ismail berkata, pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit dan kad sim milik lelaki itu untuk membantu siasatan.

Difahamkan, ini adalah kes ketiga membabitkan tangkapan di negeri ini sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan berkuasa Rabu lalu iaitu kes pertama di Alor Setar manakala kedua di Baling.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");