Berita Hari Ini

COVID-19: Malaysia Catat Kematian Ke-9, Anggota Perubatan Pertama Maut

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat satu lagi kematian dilaporkan berkait wabak COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia merupakan kematian pertama melibatkan seorang pakar perubatan KKM.

Menurutnya, mangsa yang meninggal dunia 10.33 pagi tadi merupakan kes ke-890 berusia 48 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Turki.

“Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada 17 Mac 2020 setelah mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.

“Beliau telah disahkan positif COVID-19 pada 18 Mac 2020 dan diberikan bantuan alatan pernafasan sejak 19 Mac 2020 setelah keadaan kesihatan beliau merudum,” katanya.

Ujarnya, kes jangkitan COVID-19 tersebut disyaki bukan dari kalangan barisan hadapan atau frontliners mahupun daripada kalangan rakan kerja yang berhadapan dengan pesakit COVID-19.

Beliau berkata ia adalah berkait dengan sejarah perjalanan ke luar negara memetik Astro Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");