Berita Hari Ini

COVID-19: Orang Ramai Dapat Topeng Muka Percuma

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan bersetuju mengagihkan topeng muka kepada rakyat secara percuma.

Perdana Menteri berkata, pengagihan topeng itu adalah antara sumbangan kerajaan kepada rakyat dalam menghadapi krisis COVID-19.

“Kerajaan mengambil keputusan mengimport topeng muka dari China iaitu kira-kira 10 juta keping. Semalam, saya sudah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) supaya menggunakan peruntukan disediakan kerajaan untuk membawa masuk bekalan itu.

“Saya difahamkan, harga sekeping adalah RM1.18 dan saya ingin mengumumkan topeng terbabit akan diagihkan secara percuma kepada rakyat selepas bekalan (topeng) diterima,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini memetik BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");