Berita Hari Ini

COVID-19: Polis Labuan Nafi Saman Tidak Pakai Topeng Muka

LABUAN: Polis Labuan menafikan berita tular dalam media sosial yang mendakwa anggotanya mengeluarkan saman terhadap orang ramai atas kesalahan tidak memakai topeng muka susulan penularan wabak COVID-19.

Memetik BH Online, Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad, menegaskan berita berkenaan adalah palsu.

“Tiada anggota polis yang mengenakan saman berjumlah RM250 atas kesalahan tidak memakai topeng muka di sekitar sebuah pasar raya, di sini.

“Kita berharap orang ramai jangan mudah mempercayai mesej tular seumpama ini,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, pihaknya sudah mula melakukan sekatan jalan raya susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Kita meminta setiap individu yang keluar rumah untuk ke tempat kerja supaya mengemukakan surat kebenaran bekerja daripada ketua jabatan masing-masing.

“Hanya pekerja daripada sektor ‘essential services’ diberi keutamaan pelepasan dan kebenaran lalu lintas.

“Selain itu, wakil isi rumah saja dibenarkan keluar membeli barangan keperluan keluarga. Kita mendapati masih ramai membawa ahli keluarga dengan alasan membeli barang dapur, sepanjang tempoh sekatan jalan raya dilaksanakan,” katanya.

Beliau sekali gus meminta orang ramai memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan usaha menangani wabak COVID-19 berjalan lancar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");