Berita Hari Ini
Like

COVID-19: Senarai Berita Palsu Tular Hari Ini – Pasukan Respon Pantas KKMM

March 28, 2020
472 Views
0 Comments
1 minute read
COVID-19: Senarai Berita Palsu Tular Hari Ini – Pasukan Respon Pantas KKMM

KUALA LUMPUR – Berikut senarai penafian berita tular di media sosial oleh agensi-agensi bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini.

  1. Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan mesej mengatakan Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40 (Peka B40) memberi bantuan sebanyak RM250 sebulan adalah sebagai sebahagian daripada pakej rangsangan COVID-19 menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan.
  2. KKM menafikan nota rakaman suara yang didakwa daripada Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Datuk Dr Christopher KC Lee, yang juga Ketua Pasukan COVID-19, Hospital Sungai Buloh bahawa surat-surat yang diterima perlu diasingkan dan dibuka sehari kemudian kerana kononnya seseorang yang positif COVID-19 telah meludah pada surat-surat sebelum diedarkan.
  3. Ketua Polis Daerah Serdang menafikan pernah mengeluarkan kenyataan tentang ‘total lockdown’ selama 10 hari seperti mesej yang tular oleh seorang penjawat awam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.

-Bernama

Komen & Pendapat

Comments are closed.