Perak Hari Ini

Covid-19: Seorang Pakar Perubatan Di Perak Dirawat di ICU

IPOH: Sehingga tengah hari semalam, Perak mencatatkan 45 kes keseluruhan kes Koronavirus (Covid-19) dan angka tersebut termasuk dengan dua pesakit yang kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun, dekat sini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, salah seorang pesakit yang sedang di rawat itu merupakan Pakar Perubatan-Perubatan Kecemasan daripada sebuah hospital di negeri ini.

“Beliau merupakan staf kesihatan kedua yang memerlukan bantuan pernafasan di ICU.

“Manakala seorang lagi pesakit berusia 63 tahun merupakan peserta perhimpunan Ijtimak Tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling.

“Kedua-dua pesakit kini berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil. Tiada kematian seperti mana yang ditularkan di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujar beliau, kesemua petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di seluruh negara sedang berusaha sebaik mungkin dalam memberi rawatan kepada para pesakit Covid-19.

“Kita juga giat mengesan kes-kes yang baharu. Marilah kita bersama-sama berdoa agar petugas kesihatan dilindungi daripada sebarang malapetaka dan diberikan kesihatan serta kekuatan menghadapi krisis ini,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial apabila seorang pengguna memuat naik hantaran dengan mendakwa tiga pakar perubatan dari sebuah daerah di Perak telah disahkan positif Covid-19 dan salah seorangnya sedang menerima rawatan intubasi.

Semalam, Malaysia mencatatkan kematian ketiga akibat wabak COVID-19, iaitu membabitkan pesakit daripada kes ke-152.

Noor Hisham berkata kes ke-152 itu ialah lelaki tempatan berusia 58 tahun, daripada kluster jemaah tabligh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");