Perak Hari Ini

COVID-19: Sidang DUN Perak Tangguh

IPOH- Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dijadualkan berlangsung pada 14 April 2020 ditangguhkan.

Melalui ciapan di Twitter hari ini, Speaker DUN, Datuk Ngeh Koo Ham, memaklumkan bahawa sidang DUN yang bakal berlangsung pada April ini ditangguhkan kepada satu tarikh baru.

Katanya, keputusan itu dibuat atas permintaan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan telah mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

“Penangguhan persidangan DUN Perak adalah atas permintaan pejabat Menteri Besar dan telah mendapat perkenan Sultan Perak.

“Sidang DUN Negeri Perak yg dijadualkan pembukaan oleh Sultan Perak dan persidangan bermula dari 14hb April 2020 telah di tangguhkan ke satu tarikh baru yg akan di tetapkan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");