Berita Hari Ini

COVID-19:KKM Hadkan Jumlah Pelawat Ke Hospital

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengehadkan bilangan pelawat ke hospital kepada dua orang setiap pesakit dalam satu-satu masa, bagi mencegah penularan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan petang ini, berkata kanak-kanak bawah usia 12 tahun juga tidak dibenarkan melawat pesakit di wad, manakala pelawat yang mempunyai gejala influenza seperti sakit tekak, batuk, selesema, demam, muntah dan cirit-birit tidak dibenarkan berada di wad.

“Pelawat yang berisiko tinggi mendapat jangkitan seperti yang menghidap penyakit kronik dan indidvidu dengan imuniti rendah (contoh pesakit dalam rawatan barah) tidak dibenarkan melawat hospital kecuali atas sebab kecemasan yang tidak dapat dielakkan.

“KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan COVID-19 dari masa ke semasa dan orang awam akan sentiasa dimaklumkan mengenainya,” katanya.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, KKM menasihatkan sebarang organisasi atau kumpulan yang ingin menjalankan aktiviti bersama ‘komuniti lemah’ (vulnerable community) dan rentan jangkitan terutama di kawasan pedalaman seperti komuniti Orang Asli, untuk menangguhkannya bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 kepada mereka.

Bagaimanapun, beliau berkata, KKM akan terus memberikan perkhidmatan kesihatan dan perubatan kepada penduduk kawasan pedalaman, termasuk kepada komuniti Orang Asli melalui aktiviti bantuan (outreach).

“Ia bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan KKM serta kesihatan komuniti ini terus dipelihara. KKM juga amat mengalu-alukan sebarang bantuan perubatan, sumbangan berkaitan perubatan atau kolaborasi perubatan yang ingin ditawarkan oleh mana-mana pihak termasuk organisasi bukan kerajaan (NGO).

“KKM memohon supaya tawaran atau usul berkenaan dikemukakan kepada KKM melalui emel [email protected] bagi diselaraskan oleh KKM,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Noor Hisham berkata, keputusan kerajaan supaya perhimpunan termasuk mesyuarat antarabangsa, acara sukan, sosial dan keagamaan ditangguhkan atau dibatalkan mengikut kesesuaian sehingga 30 April 2020, seperti diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, akan diteliti semula apabila situasi COVID-19 bertambah baik memetik BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");