Sukan Hari Ini

Cristiano Ronaldo Jadikan Dua Buah Hotel Miliknya Hospital Rawat COVID-19

Pemain bola sepak Juventus, Cristiano Ronaldo telah menawarkan beberapa hotel miliknya di Portugal dijadikan hospital sebagai pusat rawatan COVID-19.

Keprihatinan Ronaldo menjadi pujian warga dunia kerana sentiasa mempamerkan semangat kemanusiaan.

Ronaldo menerusi media sosialnya dua hari lalu menggesa masyarakat tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa COVID-19.

Malah, dia sendiri telah bertindak menutup hotel miliknya untuk dijadikan hospital bagi memberikan rawatan kepada mereka yang dijangkiti wabak Covid-19.

Malah, petugas perubatan yang menjaga dan membantu pesakit turut dibayar elaun oleh Ronaldo.

 

Kerajaan Portugal yang teruja dengan kebaikan Ronaldo menggesa selebriti lain turut menjejak langkah ikon bola sepak negara itu.

Super star Juventus itu kini sedang menjalani proses kuarantin di tempat kelahirannya, Madeira.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");