Berita Hari Ini

Dakwaan Boleh Hubungi SPRM Jika Tidak Dapat Bantuan Adalah Palsu

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa orang ramai perlu menghubungi suruhanjaya itu jika tidak mendapat agihan bantuan daripada kerajaan, seperti yang tular hari ini.

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya menafikan dakwaan itu yang dipercayai merujuk kepada bantuan khas COVID-19 diumumkan kerajaan baru-baru ini.

“SPRM menafikan dakwaan kononnya orang ramai perlu menghubungi talian bebas tol suruhanjaya sekiranya mereka tidak mendapat agihan bantuan kerajaan seperti yang telah disebarkan dalam aplikasi WhatsApp serta media sosial hari ini,” menurut kenyataan itu, lapor Bernama.

Terdahulu, tular dalam aplikasi Whatsapp dan media sosial yang menyatakan suruhanjaya itu boleh dihubungi bagi mendapatkan agihan bantuan berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");