Berita Hari Ini
Like

Dakwaan Stok Beras Bertahan 2 Bulan Tak Benar – Ronald

March 29, 2020
248 Views
0 Comments
1 minute read
Dakwaan Stok Beras Bertahan 2 Bulan Tak Benar – Ronald

KUALA LUMPUR: Dakwaan jumlah stok beras negara hanya mampu bertahan selama dua setengah bulan tidak benar, sebaliknya keadaan stok beras negara adalah stabil bagi menampung keperluan berterusan rakyat, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee

Beliau memberi jaminan, jumlah stok semasa beras dengan mengambil kira pengeluaran tempatan dan import adalah stabil, terkawal dan konsisten untuk menampung keperluan dalam negara secara berterusan.

Katanya, stok semasa beras tempatan di peringkat kilang, pemborong dan peruncit adalah sebanyak 523,000 tan metrik dan jumlah itu tidak mengambil kira stok pengeluaran beras tempatan dan beras import yang berada dalam negara.

“Buat masa ini, import beras juga tidak terjejas dan berjalan seperti sedia kala. Selain negara Vietnam, beras turut diimport dari negara-negara pengeluar lain seperti Thailand, Pakistan, Myanmar, India, Cambodia dan lain-lain.

“Syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) juga diarahkan untuk memastikan dan mempertingkatkan bekalan beras import dalam negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun Kiandee berkata, kebergantungan kepada beras import hanya 30 peratus daripada keseluruhan keperluan dalam negara.

Kementerian juga akan terus memantau bagi memastikan bekalan beras sentiasa mencukupi untuk menampung keperluan bulanan negara sebanyak 200,000 tan metrik.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak bimbang dengan keadaan stok beras dalam negara, katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat

Comments are closed.