Membawang Hari Ini

Dera Anak Angkat: Aliff Syukri Dibebas Dengan Jaminan Polis

SHAH ALAM – Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung kes penderaan anak angkat perempuannya berusia dua tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, Aliff dibebaskan dengan jaminan polis sebaik siasatan ke atasnya selesai dijalankan.

“Aliff dibebaskan pada hari sama ditahan sebaik siasatan ke atasnya selesai dijalankan,” katanya ringkas dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Fadzil mengesahkan pihaknya menerima satu laporan polis daripada seorang wanita Indonesia yang juga pembantu rumah Aliff, pada Sabtu lalu.

Dalam laporan polis yang diterima pada jam 3.55 petang itu, pengadu memaklumkan Aliff mendera anak angkat perempuannya yang berusia dua tahun.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2012.

Selain Aliff, polis turut merakam percakapan terhadap empat saksi lain termasuk mereka yang berada di rumah usahawan terbabit di Petaling Jaya.

Difahamkan, berdasarkan aduan pengadu, Aliff memukul anak angkatnya pada Jumaat lalu di kediamannya sewaktu ingin merakam gelagat kanak-kanak itu sedang menangis untuk tujuan publisiti.

Kejadian itu juga dilaporkan tular di media sosial dengan beberapa paparan gambar kanak-kanak terbabit lapor Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");