Panasnya Hari Ini

“Di Kala Krisis Dan Ancaman, Kita Perlu Bersama” – Najib

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas menteri kewangan Lim Guan Eng hari menggesa rakyat mengenepikan perbezaan bagi berdepan ancaman wabak Covid-19.

Menurut MalaysiaKini, Najib pada Selasa memuat naik kenyataan di Facebook yang menegaskan bahawa dalam keadaan krisis dan ancaman, rakyat Malaysia perlu kekal bersama.

Kenyataan itu disertakan dengan gambar beliau bersama Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob pada 2014 dan gambar beliau bersama Lim Guan Eng pada 2017 yang merupakan ketua menteri Pulau Pinang ketika itu.

“Dalam apa jua keadaan pun. Di kala ada krisis dan ancaman terhadap kita, rakyat Malaysia perlu bersama.

“Kita perlu bersatu padu berganding bahu. Ketepikan segala persengketaan. Ketepikan apa jua perbezaan.

“Tiada apa yang boleh menjadi penghalang keeratan di kalangan kita pada waktu ini. Kaum? Agama? Fahaman politik? No way.

“Tidak ada Melayu, Cina, India. Islam, Hindu, Kristian. Kerajaan, pembangkang, atas pagar. We are one. We are united. (Kita semua satu. Kita semua bersatu),” kata Najib.

Kenyataan Najib itu disambut oleh Lim, yang mengatakan bahawa krisis ini harus diharungi bersama-sama oleh rakyat Malaysia.

“Apabila negara dalam krisis, kita harungi bersama-sama sebagai Rakyat Malaysia.

“Apabila Rakyat dalam susah, tiada istilah aku dan engkau. Hanya kita, dan kita perlu saling bantu membantu,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Lim meminta kerajaan agar membantu peniaga kecil dan sederhana yang terjejas berikutan wabak itu.

“Mohon kerajaan hulurkan bantuan kepada peniaga kecil/sederhana yang terpaksa tutup kedai/kilang dan pekerja yang hilang pendapatan khususnya ratusan ribu rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");